Saturday, July 3, 2010

Murid Tahap Dua Pun Tak Tahu Solat Lagi??

Penggal pertama tahun 2010, banyak sekolah yang saya pergi dan berbeza-beza latar belakang. Ada sekolah elit, sekolah bandar, sekolah luar bandar, sekolah cluster, dan macam-macam. Daripada sekadar tengok dari luar dan dari jauh, ada sekolah yang dapat saya tengok lebih dekat. Praktikum memberikan saya peluang untuk melihat satu-satu sekolah dari dalam dan memerhatikan keadaannya yang sebenar.

Walau bagaimana beza sekali pun sekolah-sekolah ini, ada satu persamaan yang begitu merisaukan saya. Di setiap sekolah kini, kebanyakan murid-murid tahap dua pun masih tidak tahu menunaikan solat dengan sah. Murid tahap dua, bukan tahun dua!

Murid-murid tahap dua umurnya 10-12 tahun. Rata-ratanya ada yang dah baligh. Sedangkan kewajipan solat itu sejak dari umur 7 tahun lagi. Seawal darjah satu lagi.

Adakah murid-murid tidak pernah tahu akan hal ini? Adakah guru-guru tidak memandang berat akan masalah yang melanda ini? Adakah ibu bapa tidak pernah kesah anak-anaknya solat atau tidak?

Sistem pendidikan sudah menyediakan seawal darjah satu lagi sudah ada Kem Bestari Solat malah silibusnya pun mengandungi tajuk solat (pengertian, bacaan, dan rukun solat). Jadi, mengapa murid-murid masih tidak tahu solat?

Mungkin dari segi pelaksanaannya.......

Namun, saya melihat ini bukan peranan satu pihak sahaja. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Jika guru mencurahkan ilmu di sekolah, ibu bapa seharusnya memantau anak-anak di rumah. Jika ibu bapa mendidik anak-anak di rumah, guru seharusnya mengukuhkannya di sekolah. Bilangan murid-murid yang ramai bukan penghalang guru, kesibukan bekerja bukan alasan ibu bapa.

Tidak risaukah kita melihat generasi ini tidak mengerjakan solat lagi. Kemudian nanti hukum-hukum agama pula sudah tak dipeduli. Syariat dan akidah entah ke mana, dunia yang dikejarnya. Sedarlah dengan penjajahan minda yang telah kita lalui, jangan biarkan generasi kini pula alami.

wallahu a'lam

1 comments:

maimunah said...

Tanggung jawab ibu bapa dan guru untuk mendidik semasa kanak2. Namun ia menjadi tanggung jawab @ Fardhu Ain ke atas setiap individu untuk melaksanakan/menunaikan suruhan @ perintah Allah swt apabila sudah baligh. Wallahua'lam.