Thursday, August 27, 2009

Kenapa Puasa?



Assalamualaikum.. alhamdulillah, cuti sekolah ni dapat jenguk semula dan meluangkan masa untuk blog ni.


Hmm.. Sekarang cuti sekolah kan.. Naik cuti nanti, masa PBS, cuba tanya murid-murid...

"Kenapa puasa?"

cubalah survey secara meluas. murid-murid dari kalangan darjah 1 sampai darjah 6, dari kalangan kelas biasa hingga kelas luar biasa. apakah jawapan mereka? pasti peratusan yang besar memberi jawapan-jawapan seperti berikut:

"kalau tak puasa tak dapat duit raya"
"kalau tak puasa tak leh raya"

Mungkin ada benarnya teknik yang digunakan oleh ibu bapa untuk melatih anak-anak mereka berpuasa. teknik peneguhan. sama seperti pedagogi yang kita pernah belajar.

"kalau puasa, dapat duit raya"
"kalau tak puasa, tak leh raya"

namun, seperti mana nama teknik tersebut, ia hanyalah peneguhan. kesilapan berlaku apabila anak-anak kecil itu hingga ke besar tidak diterangkan tujuan sebenar puasa tersebut. walaupun tidak disebut-sebut lagi dengan peneguhan, hasilnya anak-anak itu akan berpuasa kerana kebiasaan mereka telah berpuasa dari kecik lagi.

justeru, tambah lah satu tugas kecil masa PBS nanti.. alang-alang kalau ada masuk kelas ganti tu, berilah kefahaman kepada murid-murid tentang puasa yang sebenar.

selamat berpuasa dan selamat berPBS nanti utk para guru pelatih!

0 comments: