Friday, July 17, 2009

As Lively As Always

Tajol oh Tajol


Jumaat minggu yang lepas..

Tajol: Ustaz! Esok hari jadi saya.
Ustaz: Owh.. Selamat hari jadi! Semoga Tajol jadi anak yang soleh.

Isnin minggu depannya..

Tajol: Ustaz! Hari jadi saya hari khamis ni la. Hari tu salah tarikh..
Ustaz: Ooo.. nanti boleh lah ustaz bagi hadiah.
Tajol: Ustaz! Nanti ustaz nak bagi apa?
Ustaz: Ada laa..

Sebelum khamis.. Rabunya..

Tajol: Ustaz! Ibu kata hari jadi saya hujung minggu ni la..
Ustaz: Laa.. Takpe la Tajol. Nah ambil choki-choki ni. Hadiah..


Aiskrim oh Aiskrim

Hari isnin..

Zahir: Ustaz! Hari ni saya bawak duit ni ha nak beli aiskrim.
Ustaz: Eh.. tak pe ker? nanti ibu kamu marah kata ustaz suruh belanja pulak.
Zahir: tak pe..
Ustaz: Pergi la beli. Hati-hati. Pastu bagi seorang satu.

Hari Selasa..

Zahir: Ustaz hari ni saya bawak duit lagi nak beli aiskrim. untuk ustaz sekali.
Ustaz: Bagus bagus. Tapi takpe ker nanti....
Zahir: Takpe ustaz..

Zahir: Ustaz, aiskrim ada lima jer, kita ada enam, Umi baru datang. saya bagi dia eh?
Ustaz: Takpe takpe. bagi la Umi aiskrim tu.
Zahir: nanti esok saya belanja ustaz pulak.

Hari rabu..

Zahir: Ustaz, hari ni tak dapat belanja ustaz lagi, Umi baru datang ni, aiskrim ada lima jer.
Ustaz: Hari ni ramai orang. Tu kawan-kawan yang lain tu tak dapat jugak. Zahiruddin ambil duit RM10 ni, pergi beli lagi. pastikan semua dapat tau.

Zahir: Ustaz, ni ustaz punya aiskrim.
Ustaz: Terima kasih.. bakinya mana?
Zahir: ni ha..
Ustaz: Eh.. Ni baru RM5.60. Berapa banyak kamu beli?
Zahir: Saya beli 10 jer..
Ustaz: Aiskrim satu 20 sen. Mana pergi bakinya lagi???

Hari Khamis..

Zahir: Ustaz, hari ni nak beli lagi aiskrim..
Ustaz: Eh.. tak elok makan aiskrim selalu.....


huhu.. kelas yang lively..

0 comments: