Fuh.. Hampir separuh sudah pengajian ku dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tapi, adakah dari semester ke semester ku semakin meningkat? Is there any improvement in each semester?
Biarlah walaupun ini kali ke berapa aku berazam, aku tetap akan berazam. Kerana itu lebih baik daripada langsung tiada azam. Sekurang-kurangnya hala tuju ku terpandu ke arah matlamat itu. Samada ku tiba di penghujung matlamat tersebut atau tersasar di pertengahan, itu soal kedua. Yang penting aku memulakannya, kerana mana mungkin aku akan tiba di hujung sekiranya di permulaan lagi aku tidak set kan matlamatnya.
Semester 4 ini, dua perkara yang aku nampak jelas aku lemah di semester-semester yang sebelum ini.
1) Pengurusan fail / folder
2) Pengurusan masa
So, aku akan cuba atasi masalah tersebut. Dan dengan harapan ada yang sudi terus membantu dan memberi tunjuk ajar.
Antara perkara lain:
1) Meneruskan improvement yang telah tercapai dalam semester lepas.
2) Harapan agar pensyarah semester ni tak jadi macam semester lepas. Input semester nampak agak sukar.
3) Harapan agar aku serta classmates aku tidak merasa dalam zone selesa.
4) Harapan moga-moga pointer aku tak jatuh dan harapnya maintain dalam target.
5) Harapan agar keadaan before exam kali ni tidak seperti keadaan before exam semester 2 dan 3.
6) Harapan moga-moga ada improvement dalam diri ku, classmates ku, kelas aku, dalam pelbagai aspek.
7) Dll..
Hopefully, apa yang aku catat ni aku tak lupa, dan orang yang membacanya akan sentiasa membantu dan memperingatkan aku.
اللهم يسر لنا ولا تعسر وتم بخير..
p/s: Alhamdulillah.. arrangement bilik pun tukar sikit untuk improvement. Jadi dua bahagian, study mode dan library mode. Moga-moga akan tetap istiqamah..
0 comments:
Post a Comment