“Mak, tadi semasa cikgu semak butiran pelajar, dia tanya pelajar-pelajar mengenai tempat lahir, alamat, dan nama penuh penjaga.” Esah memulakan cerita.
“Apabila sampai tiba giliran Esah, dia tengok tempat lahir Esah lain sikit, jadi dia tanya Esah dalam Bahasa Inggeris, “where were you born?”
Esah jawab, “I was born in Wisconsin.”
Cikgu terus tanya, “which part?”
Esah jawablah, “all of me.”
Cikgu ketawa hingga tak terkata. Mak yang mendengar cerita pun tergelak sama.
“Mak pun sama macam cikgu, ketawakan Esah. Kenapa? Jawapan Esah salahkah? Betul kan Esah tidak lahir sekerat-sekerat?”
Mak pun menjawab. “Tidak. Tiada apa salahnya dengan jawapan Esah. Hanya cikgu Esah tu yang lupa Esah baru berumur sepuluh tahun. Kalau dia ingat yang Esah berumur sepuluh tahun pasti dia akan bertanya, “in which part of Wisconsin were you born?”
p/s: Mengajar biar ikut kesesuaian dan kebolehan anak murid..
0 comments:
Post a Comment