Wednesday, June 3, 2009

Cuti Sekolah Bagi Bakal Guru

apabila cuti sekolah tiba, pastinya anak-anak murid kita rasa gembira sangat. bagi mereka cuti sekolah ni la masa untuk mereka berehat daripada tekanan pelajaran selama berbulan-bulan lamanya. masa ni la jugak mereka akan ajak ibu bapa mereka untuk pergi makan angin atau jalan-jalan, balik kampung, pergi zoo, taman tema air, pusat pelancongan dan peranginan, dan lain-lain.

bagi sesetengah bakal guru, mereka lebih kurang sama dengan bakal anak murid mereka. bagi mereka cuti ini lah masa untuk mereka berehat daripada tekanan assignment yang tak henti-henti sepanjang satu semester. namun, mereka tidak pula manfaatkannya dengan perkara-perkara berfaedah, tapi asyik-asyik tidur bangun makan mengadap laptop atau tv makan tidur semula. rutin harian mereka berubah jadi rutin qadha'. menghabiskan masa dengan alasan untuk berehat.

namun, ada jugak sesetengah bakal guru yang memanfaatkan masa cuti ni seperti anak murid mereka yang bakal mengambil peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, atau SPM. masa cuti bagi mereka adalah satu period bagi mereka untuk menjadi ulat. bukan ulat yang kotor, tapi ulat yang baik seperti ulat sutera. mereka jadi ulat buku. ternyata kehidupan di kampus agak pack masanya untuk betul-betul feel baca buku. jadi, masa cuti ni lah pelbagai buku akan dikhatamkan termasuklah novel-novel cinta yang asyik masyuk buat mereka.

bukan itu sahaja, ada jugak sesetengah bakal guru yang memanfaatkan masa cuti ini untuk menjana income lebih dan menimba pengalaman. dengan erti kata, mereka tidak kenal erti cuti. cuti bagi mereka adalah kerja. kesempitan hidup sebagai pelajar kerana elaun yang tak tentu hala dan lambat masuk mendorong mereka untuk mencari duit melalui kerja-kerja yang berfaedah di samping dapat menambah pengalaman dan membantu perkembangan sosial mereka.

jadi, bakal guru yang bagaimanakah kita? adakah yang memanfaatkan masa cuti ini atau yang membiarkan ianya berlalu begitu sahaja? kita akan mendidik dan mengajar anak murid kita supaya sentiasa menghargai masa yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah, namun seeloknya kita buktikan bahawa diri kita juga dapat menyahut seruan tersebut.

jadilah orang-orang yang beruntung, bukannya orang-orang yang rugi..

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran. (al-asr: 1-3)

0 comments: