Petang tadi merupakan hari ketiga kelas mengajar mengaji selepas cuti selama beberapa minggu. Anak-anak murid semua as lively as always. Macam-macam kerenahnya.
Kelas mengajar mengaji ni ada dua sesi, satu sesi 5.00-6.00 petang dan satu lagi 6.00-7.00 petang yang diadakan di sebuah pusat di taman perumahan. Tenaga pengajarnya ustaz sendiri bersama dengan seorang lagi ustazah.
Untuk sesi pertama, ustaz mengajar anak-anak murid lelaki yang dalam lingkungan umur 4-6 tahun manakala ustazah handle anak-anak murid yang perempuan. Bagi sesi kedua pula, ustazah mengajar anak-anak murid yang membaca al-Quran manakala ustaz handle yang belum masuk al-Quran lagi. Anak-anak murid ni semuanya dalam lingkungan pelajar sekolah rendah.
Pendekatan yang biasa kami gunakan lebih bersifat fleksibel, ceria, berbual-bual, dan sebagainya. Dengan erti kata lain, ustaz ustazah mesra pelajar dan jarang sekali anak-anak murid kena marah-marah. Alhamdulillah, anak-anak murid dapat menerima pendekatan tersebut malah lebih suka. Ye lah, mana ada anak murid yang suka kena marah-marah.
Tapi, kalau dah namanya budak-budak, memang macam-macam lah kerenahnya. Tapi, mungkin tadi kerenah mereka terlebih melampau, sehingga membuatkan ustazah pun marah.
Apa yang menarik perhatian ialah, suasana ketika ustazah marah sunyi sepi. Tiada siapa pun yang bersuara. Walaupun ustazah tidak menggunakan suara yang tinggi atau garang, semua anak-anak murid senyap dan mendengar apa yang ustazah cakapkan. Di situ mereka bukan takut, tetapi hormat kepada ustazah.
Aura kemarahan guru yang ceria (jarang marah-marah dan mesra dengan murid) amat berbeza sekali dengan guru yang garang dan cepat marah dengan tindakan dan kelakuan anak-anak muridnya. Auranya lebih pedas dan lebih menginsafkan malah murid-murid bukan takut tetapi menjadi lebih hormat dan mengikut cakap.
Lagipun, budak-budak memang banyak kerenah. Kalau asyik nak marah je dengan kerenah mereka, guru pula yang tidak puas mengajar. Ustaz pun suka pendekatan sebegini, jadikan diri sebagai kawan-kawan kepada murid-murid dengan tidak melanggar batas-batas yang ditentukan.

1 comments:
attitude guru yang patut di amalkan...bgus2.. smoga jadi ustaz/ustazah yang mesra pelajar... :)
Post a Comment