Monday, June 15, 2009

Apabila Cikgu Bercerita: Beri Muka

Saya memang mempunyai perwatakan yang periang dan sedikit nakal. Sifat ini terbawa-bawa ke bilik darjah. Prinsip saya senang.

“saya mesti seronok dan ceria mengajar. Saya tidak mahu membazirkan tenaga
saya marah-marah atau memasamkan muka. Letih dan meletihkan.”

Pernah saya memberitahu pelajar saya.
“saya tidak kisah kalau kamu tidak seronok belajar dengan saya. Yang penting saya seronok mengajar kamu. Tidak kiralah kalau kamu kata saya syok sendiri, saya tidak kisah.”

Pelajar yang memahami saya dan menerima saya seadanya boleh menyesuaikan diri dengan saya dan subjek yang saya ajar. Saya juga sudah menerima mereka dan kenakalan mereka. Bagi saya, kenakalan bukan jahat, itu menghiburkan.
Pernah satu kali saya berpakaian tradisional siam, diusik pelajar.“cantik cikgu hari ni.”

“kesian saya, hari ini sahaja cantik.” Saya bergurau kembali dan mengajar seperti biasa.


Yang menjadi masalah dengan pelajar yang masih mentah itu, mereka tidak pandai menyesuaikan diri dengan sesetengah cikgu yang suka ketertiban dan kesenyapan. Mereka cuba menakal dengan cikgu yang tidak nakal. Apa lagi, sudah tentulah mereka tidak berkenan dengan keadaan itu. Cikgu-cikgu seolah-olah menyalahkan saya.

“sesetengah cikgu beri muka sangat kepada pelajar. Naik lemaklah mereka.”

yang pasti, semasa menulis pada papan hitam, saya tidak beri muka, saya beri belakang.

3 comments:

Bazzstary said...

prenggan yg terakhir tu mcm majaz..ley x tlung trgkan..
cam nmpk x nmpk jer..(T.T)

WhoSign said...

"yang pasti, semasa menulis pada papan hitam, saya tidak beri muka, saya beri belakang."

perenggan tu ker?

maksudnya, macam kat gambar tu, bila cikgu tu tulis kat papan hitam, mesti la muka dia menghadap papan hitam, dan dia membelakangkan murid2.. so, kira dia bagi belakang kat murid2 la.. huhu

tarttelur said...

heheheh..betul la tu..mana da bg muka..hehehe